Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

6 Februari 2018
Auditorium CAIS

Staf CAIS merupakan batch pertama daripada staf di UNIMAS yang menyertai latihan dan demonstrasi penggunaan Automated External Defibrillator (AED). Latihan ini telah dikendalikan oleh doktor-doktor dan staf dari Pusat Simulasi Klinikal UNIMAS.

Latihan ini bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Sesi dimulakan dengan taklimat mengenai apakah itu Automated External Defibrillator. Adakah kita tahu apakah itu Automated External Defibrillator dan kegunaannya? 






Apakah objektif latihan ini diadakan?
Latihan ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada seluruh staf  CAIS tentang kepentingan bantuan kecemasan asas sebelum bantuan kecemasan sebenar datang. Selain itu juga, staf CAIS didedahkan dengan cara menggunakan AED dengan betul.




Sesi Demo CPR & AED
Staf CAIS dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu melakukan demonstrasi menggunakan AED. Ia dimulakan dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Menggerak-gerakkan tubuh mangsa
2. Meminta pertolongan dan menghubungi nombor kecemasan
3. Melakukan pertolongan cemas (CPR) pernafasan melalui mulut
4. Menggunakan bantuan alat AED sementara menunggu bantuan sebenar sampai.









Harapan 
Setelah menyertai latihan dan demonstrasi ini, diharapkan staf CAIS tidak akan panik dan  lebih bersedia sekiranya berlakunya sebarang kecemasan.


CAIS BOLEH!!!


Comments

Popular posts from this blog

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS