Kerjasama Strategik CAIS:Perkhidmatan u-Pustaka


Sebagai pusat maklumat sehenti, CAIS ingin memanjangkan maklumat mengenai perkhidmatan u-Pustaka kepada seluruh warga UNIMAS khasnya. 

Perkhidmatan ini dibangunkan  melalui kerjasama kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka.


Maklumat lanjut adalah seperti dalam infografik.👇👇👇




Melalui perkhidmatan u-Pustaka, kita boleh membuat pinjaman bahan (buku) secara atas talian dan pesanan dihantar terus melalui penghantaran poslaju atau courier terpilih. Sebagai contoh, sekiranya anda meminjam buku melalui u-pustaka dari Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur, tetapi anda bertugas/belajar di Kuching atau Miri, anda boleh memulangkan buku tersebut di Pustaka Negeri Sarawak, sama ada cawangan Kuching atau di Miri.

Sila layari website CAIS www.cais.unimas.my dan klik link u-pustaka.👍👍👍


Diharap maklumat ini dapat menyemarakkan lagi budaya membaca dan memberi banyak manfaat kepada anda semua.😊

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS