Posts

Showing posts from February, 2017

ADAKAH ANDA MENGENALI CAIS ????

Image
CAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan & kemudahan bukan sahaja kepada pelajar, malah terbuka kepada pensyarah, penyelidik dan staf pentadbiran. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAIS adalah: PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT Unit ini terletak di Aras 1 CAIS utama.  Unit ini ketuai oleh: Puan Norazlina Abd Rahman - Pustakawan Kanan Puan Habibah Matadi - Ketua Pembantu Pustakawan Puan Suhana Sharbini - Pembantu Pustakawan Kanan Puan Siti Norfazidah Man- Pembantu Pustakawan Unit ini membantu pengguna dalam menerangkan perkhidmatan dan kemudahan di CAIS. Sekiranya terdapat soalan rujukan, atau temubual mengenai rujukan, pengguna dialu-alukan untuk bertanya kepada staf di unit tersebut. Unit ini juga menawarkan sesi Pendidikan Pengguna  Pelajar baharu biasanya akan diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan CAIS, diikuti pula dengan lawatan CAIS Tour yang akan dikendalikan oleh Pustakawan Penghubung Fakulti. Lawatan ini dibuat untuk memastikan pela

Taklimat Friends of CAIS sesi 2017

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman pelajar UNIMAS, satu taklimat dan perjumpaan bagi ahli-ahli Friends of CAIS baharu dan lama akan diadakan pada butiran di bawah: Tarikh: 1 Mac 2017 (Rabu) Masa : 11 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama Aras 3 CAIS Agenda: 1. Taklimat mengenai Friends of CAIS 2. Penerangan kaedah shelf reading & shelving 3. Soal-jawab 4. Refreshment Ahli-ahli digalakkan untuk mengajak rakan-rakan lain yang belum menyertai Friends of CAIS untuk bersama-sama menyertai taklimat ini. Mereka yang berminat nanti bolehlah mengisi borang pendaftaran keahlian setelah selesai sesi tersebut. *Mohon RSVP kehadiran dengan menghantar emel kepada jsmuniarty@unimas.my   . Harap maklum. ============================================================================== Aktiviti-aktiviti Friends of CAIS yang lepas: Anda adalah digalakkan untuk m

Kerjasama Strategik CAIS:Perkhidmatan u-Pustaka

Image
Sebagai pusat maklumat sehenti, CAIS ingin memanjangkan maklumat mengenai perkhidmatan u-Pustaka kepada seluruh warga UNIMAS khasnya.  Perkhidmatan ini dibangunkan  melalui kerjasama kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka. Maklumat lanjut adalah seperti dalam infografik.👇👇👇 Melalui perkhidmatan u-Pustaka, kita boleh membuat pinjaman bahan (buku) secara atas talian dan pesanan dihantar terus melalui penghantaran poslaju atau courier terpilih. Sebagai contoh, sekiranya anda meminjam buku melalui u-pustaka dari Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur, tetapi anda bertugas/belajar di Kuching atau Miri, anda boleh memulangkan buku tersebut di Pustaka Negeri Sarawak, sama ada cawangan Kuching atau di Miri. Sila layari website CAIS  www.cais.unimas.my  dan klik link u-pustaka.👍👍👍 Dih