Pelajar/pengguna PKMA yang dihormati,
Untuk makluman, Friends of CAIS (Sahabat PKMA) merupakan kelab sukarela yang diadakan oleh PKMA untuk pelajar membantu dan belajar tentang pengurusan perpustakaan dan memahami tanggungjawab pengguna di perpustakaan.
Kelebihan sebagai Friends of CAIS (Sahabat PKMA) adalah seperti berikut:
1. tempoh pinjaman buku 3 minggu
2. jumlah pinjaman buku 15 judul
3. jemputan menghadiri aktiviti/ seminar/ ceramah yang dianjurkan oleh PKMA secara percuma
4. kad & sijil keahlian
**mengikut terma & syarat)
Antara aktiviti-aktivitinya ialah:
1. menyisih dan menyusun (sorting/shelving) bahan sumber ilmu PKMA.
2. bantu aktiviti/pameran pada acara tertentu.
3. bantu PKMA dalam aktiviti kempen dan promosi.
4. bantu aktiviti keceriaan / keselamatan Pusat.
5. bantu bina ketrampilan maklumat seperti cara mencari maklumat, membuat sitasi dan lain-lain dalam kalangan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai Friends of CAIS (Sahabat PKMA) , boleh lah mengisi borang yang terdapat didalam laman web PKMA dan hadir ke perjumpaan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 24 February 2016
Jam : 2:30petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat PKMA
Sekian, Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC