Tuesday, 21 March 2017

Latihan Pangkalan Data Atas Talian: JSTOR

Salam Sejahtera

Pengguna CAIS yang dihormati;



Satu Sesi latihan pangkalan data atas talian daripada pihak  pembekal bagi Pangkalan Data JSTOR akan diadakan seperti maklumat di bawah:

Tarikh: 29 Mac 2017
Masa  : 2:15 petang
Lokasi: Makmal Santubong, Aras G CAIS.

Maklumat ringkas mengenai kandungan latihan adalah seperti berikut (dalam versi English)

JSTOR is a digital  library of academic journals, books and primary sources. JSTOR helps people discover, use and build upon a wide range of content through a powerful research and teaching platform and preserves this content for future generations. JSTOR is a part of ITHAKA a non-profit-organization that also includes Ithaka  S+R and portico.

Subject: Social Sciences, Humanities, Music, Literature


Kepada warga Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi jangan lepaskan peluang ini! Hadiri sesi latihan ini untuk mendapatkan banyak maklumat tentang JSTOR dan cara menggunakannya. Sekiranya berminat ingin menyertai latihan ini boleh lah memberi maklumbalas kepada  reference@cais.unimas.my


Sekian, terima kasih.



❤ Admin: SMJ

Friday, 10 March 2017

Sudahkah anda menjadi SAHABAT CAIS?? Jom sertai Friends of CAIS!

Friends of CAIS merupakan kelab sukarelawan yang ditubuhkan oleh CAIS untuk memberi pendedahan kepada pelajar UNIMAS mengenai dunia kepustakawanan. Masih ramai yang tidak mengetahui tugas dan peranan Pustakawan kerana mereka beranggapan tugas Pustakawan hanyalah sekadar menyusun dan mengecop buku. Namun begitu sebenarnya tugas pustakawan adalah lebih dari itu.


Antara objektif Friends of CAIS ditubuhkan ialah:

i) memberi pengetahuan asas mengenai CAIS dan peranannya
ii) memberi galakan untuk berkhidmat secara sukarela kepada CAIS
iii) memberi latihan dan membina kemahiran dalam aspek perpustakaan
iv) mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan penggunaan perpustakaan.






Pelajar akan diajar cara-cara menyisih dan menyusun bahan sumber ilmu CAIS





Ahli Friends of CAIS juga akan membantu aktiviti pameran pada acara tertentu.
  —Membantu aktiviti pameran pada acara tertentu (memberi idea dan cadangan penambahbaikan)


Ahli turut membantu CAIS dalam aktiviti kempen dan promosi serta aktiviti-aktiviti keceriaan.
 Membantu aktiviti keceriaan CAIS bagi menyediakan  ruangan yang selesa dan kondusif.





 Kelebihan sebagai Ahli Friends of CAIS

Tempoh pinjaman buku dilanjutkan hingga tiga (3) minggu
Jumlah pinjaman buku 15 judul (tambahan 5 judul)
Jemputan menghadiri aktiviti/ seminar/ ceramah yang dianjurkan oleh CAIS secara percuma

Surat Lantikan akan dikeluarkan selepas 3 kali bertugas.

























Tuesday, 7 March 2017

Online Database Training : CEIC

Salam sejahtera!!




CAIS ingin memaklumkan bahawa pihak pembekal bagi Pangkalan Data CEIC akan mengadakan satu sesi latihan seperti maklumat di bawah:

Tarikh: 15 Mac 2017
Masa  : 11 pagi
Lokasi: Makmal Komputer 6, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Maklumat ringkas mengenai kandungan latihan adalah seperti berikut (dalam versi English)


1)    Database Access: Introduction to CEIC’s CDM Next platform – How to access from UNIMAS Library portal > Registration vs Guest Access

2)    Data Location: How to get data – Search & Navigation

3)    Functions: How to apply functions & download data & Charts/graphs

4)    Support : Knowledge Base: Self-Help on Frequent FAQs & Support channel (Live chat & via Email)

5)    CEIC Insights: templates created by CEIC team on global hot topics








Warga Fakulti Ekonomi & Perniagaan jangan lepaskan peluang ini! Hadiri sesi latihan ini untuk mendapatkan banyak maklumat tentang CEIC dan cara menggunakannya. Sekiranya berminat ingin menyertai latihan ini boleh lah memberi maklumbalas kepada  reference@cais.unimas.my


Sekian, terima kasih.

SMJ.


Monday, 6 March 2017

Seminar kepustakawanan 2017

Terbuka kepada AHLI AKADEMIK... PUSTAKAWAN..PROFESSIONAL MAKLUMAT...



Maklumat lanjut mengenai Seminar Kepustakawanan 2017 adalah seperti di bawah:




Pusat Khidmat Maklumat Akademik dengan hormatnya menjemput ahli akademik, pustakawan dan professional maklumat untuk membentangkan kertas kerja ke Seminar Kepustakawanan 2017.

Persidangan ini akan berlangsung pada 25 & 26 Julai 2017 di Hotel Merdeka Palace, Kuching Sarawak. Kertas kerja persidangan perlulah merangkumi aspek kajian tentang Kepustakawanan dan Pengurusan Maklumat dan bersesuaian dengan tema persidangan iaitu “Kelestarian Kecemerlangan”. 

Dijemput yang berminat membentangkan kertas kerja dalam tema berikut:

  •  Pendidikan dan Latihan 
  •  Penyelidikan dan Inovasi 
  •  Persekitaran Digital 
  •  Pengoptimuman Sumber 

Untuk maklumat lanjut, sila emel kepada paperskepustakawanan@unimas.my 




Berikut adalah yuran pendaftaran bagi Seminar Kepustakawanan 2017:

 PEMBENTANG RM350 (termasuk GST)
 PESERTA (WARGANEGARA) RM450 (termasuk GST)
 PESERTA (BUKAN WARGANEGARA) RM550 (termasuk GST)


 **Sekiranya terdapat lebih daripada seorang penulis kertas kerja, hanya seorang sahaja iaitu pembentang kertas kerja layak membayar yuran pembentang.







Jom yang berminat boleh daftar cepat-cepat...
kita jumpa di seminar yer!!!!

 SMJ👈

Friday, 3 March 2017

JOM GUNAKAN PANGKALAN DATA JSTOR!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pembaca yang dihormati,

Adakah anda seorang mahasiswa/siswi, pensyarah, penyelidik atau seseorang yang sukakan ilmu?

Rujuk komik bergambar di bawah untuk mengetahui manual penggunaan JSTOR.

Fakulti yang menggunakan JSTOR adalah:
  • Fakulti Sains Sosial
  • Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia
  • Fakulti Seni Gunaan & Kreatif
  • Fakluti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi

*Social Science, Humanities, Music, Literature.


Brief Info about JSTOR

JSTOR announces Books at JSTOR, a program that developed out of a year-long investigation into the needs of the publishing, library, and scholarly communities. It offers a solution that includes overcoming limitations on use and offering flexible purchase models for libraries, while developing a sustainable model for publishers.

JSTOR  collaborate with the academic community to achieve the following goals:
  • Help scholars, researchers, and students discover, use, and build upon a wide range of scholarly content on a dynamic platform that increases productivity and facilitates new forms of scholarship.
  • Help libraries connect patrons to vital content while increasing shelf-space savings and lowering costs.
  • Help publishers reach new audiences and preserve their scholarly content for future generations.



😉😉Bagi warga UNIMAS yang ingin mengakses JSTOR, sila layari melalui CAIS OneSearch pada pautan http://www.cais.unimas.my/what-we-offer/electronic-resources/online-databases  dan pilih abjad J untuk JSTOR ☺

Pangkalan data atas talian ini telah dilanggan untuk anda untuk digunakan secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini. Di harap dengan hebahan ini, penggunaan pangkalan data JSTOR akan meningkat.

Sekian, terima kasih.

KEMBARA ILMU PKMA BERSAMA FAKULTI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!!

NANTIKAN KAMI DI FAKULTI ANDA!!!


KEMBARA ILMU PKMA Bersama Fakulti


Warga Fakulti Sains Sosial & Fakulti Ekonomi & Perniagaan
kita jumpa 15 Mac 2017!!!
@ Student Lounge FEB jam 9 pagi hingga 4:30 petang

Warga Fakulti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif & Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
kita jumpa 17 Mac 2017!!!
@ Lobby Aras G Fakulti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi jam 9 pagi hingga 4:30 petang


Seperti tahun-tahun yang lepas, CAIS telah mengambil inisiatif untuk turun padang ke fakulti-fakulti untuk berkongsi dan menerangkan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.



Pada tahun ini sekali lagi kita akan mengadakan Program Kembara Ilmu PKMA bersama fakulti. Antara objektif program ini adalah:


  • ·         Mendekati warga fakulti bagi mengetahui tahap kepuasan terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat.

  • ·         Menyemai dan memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan ilmu dalam kalangan warga Fakulti

  • ·         Memperkenalkan modul literasi yang ditawarkan kepada pengguna

  • ·         Memantapkan ilmu pengetahuan bagi membolehkan pengguna mengenalpasti dan mencapai maklumat dalam pelbagai bentuk dan mengajar pengguna strategi pencarian maklumat dengan berkesan.

  • ·         Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat.

  • ·         Memupuk semangat kerjasama antara Pusat dan Fakulti (melalui pemulangan buku-buku yang telah tamat tempoh), sumbangan ke dalam UNIMAS IR.




Anda boleh menempah /memohon sesi Kembara Ilmu di Fakulti anda dengan menghubungi Pustakawan Penghubung Fakulti masing-masing atau menghubungi nombor seperti dalam infografik di atas.

 Semoga inisiatif CAIS ini memberi manfaat kepada warga UNIMAS amnya.

**Sekiranya anda mempunyai komen atau cadangan , bolehlah meninggalkan komen dan maklumbalas di ruangan di bawah.

Terima kasih.


  💓SMJ💓






Thursday, 2 March 2017

Research Information Literacy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk hebahan warga UNIMAS

Untuk makluman semua, bagi menyokong pengajaran & pembelajaran & kesarjanaan, CAIS  ada menawarkan perkhidmatan Research Information Literacy kepada warga Fakulti/Institut/Pusat yang memerlukan.


Maklumat lanjut adalah seperti di dalam infografik yang disediakan. 


Maklumat ini juga akan disebarkan melalui EBB UNIMAS & boleh diakses melalui https://bibliometricservices.wordpress.com/

Projek ini  disediakan oleh Unit Sokongan Penyelidikan yang diketuai oleh En. Wan Abdul Rahman Wan Bujang  (wbwarahman@unimas.my) ext.3912 dan dibantu oleh Puan Nurul Syahfinaz Abdullah (nurul@unimas.my ) & Puan Suhana Ibrahim ( isuhana@unimas.my ) ext 3915 & 3916.


Sekian, terima kasih.

SMJ 

Monday, 27 February 2017

ADAKAH ANDA MENGENALI CAIS ????

CAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan & kemudahan bukan sahaja kepada pelajar, malah terbuka kepada pensyarah, penyelidik dan staf pentadbiran.Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAIS adalah:


PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT

Unit ini terletak di Aras 1 CAIS utama. 
Unit ini ketuai oleh:


  1. Puan Norazlina Abd Rahman - Pustakawan Kanan
  2. Puan Habibah Matadi - Ketua Pembantu Pustakawan
  3. Puan Suhana Sharbini - Pembantu Pustakawan Kanan
  4. Puan Siti Norfazidah Man- Pembantu Pustakawan


Unit ini membantu pengguna dalam menerangkan perkhidmatan dan kemudahan di CAIS. Sekiranya terdapat soalan rujukan, atau temubual mengenai rujukan, pengguna dialu-alukan untuk bertanya kepada staf di unit tersebut.

Unit ini juga menawarkan sesi Pendidikan Pengguna 
Pelajar baharu biasanya akan diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan CAIS, diikuti pula dengan lawatan CAIS Tour yang akan dikendalikan oleh Pustakawan Penghubung Fakulti. Lawatan ini dibuat untuk memastikan pelajar mendapat maklumat dan pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan sumber dan kemudahan secara efektif dan efisien.



CAIS juga menawarkan kelas Literasi Maklumat yang terbahagi kepada 5 modul:



Pengguna boleh memohon mana-mana modul pada bila-bila masa yang sesuai. Permohonan boleh dihantar kepada Pustakawan Penghubung Fakulti masing-masing atau secara terus ke Pustakawan Rujukan iaitu Puan Norazlina Abdul Rahman melalui emel : arnorazlina@unimas.my atau reference@cais.unimas.my






Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua.

💝💝💝💝
SMJ

Taklimat Friends of CAIS sesi 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman pelajar UNIMAS, satu taklimat dan perjumpaan bagi ahli-ahli Friends of CAIS baharu dan lama akan diadakan pada butiran di bawah:

Tarikh: 1 Mac 2017 (Rabu)
Masa : 11 pagi
Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama Aras 3 CAIS

Agenda:
1. Taklimat mengenai Friends of CAIS
2. Penerangan kaedah shelf reading & shelving
3. Soal-jawab
4. Refreshment


Ahli-ahli digalakkan untuk mengajak rakan-rakan lain yang belum menyertai Friends of CAIS untuk bersama-sama menyertai taklimat ini. Mereka yang berminat nanti bolehlah mengisi borang pendaftaran keahlian setelah selesai sesi tersebut.

*Mohon RSVP kehadiran dengan menghantar emel kepada jsmuniarty@unimas.my  . Harap maklum.

==============================================================================


Aktiviti-aktiviti Friends of CAIS yang lepas:














Anda adalah digalakkan untuk meninggalkan komen di ruangan yang disediakan. Kerjasama dari semua adalah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Thursday, 23 February 2017

Kerjasama Strategik CAIS:Perkhidmatan u-Pustaka


Sebagai pusat maklumat sehenti, CAIS ingin memanjangkan maklumat mengenai perkhidmatan u-Pustaka kepada seluruh warga UNIMAS khasnya. 

Perkhidmatan ini dibangunkan  melalui kerjasama kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka.


Maklumat lanjut adalah seperti dalam infografik.👇👇👇




Melalui perkhidmatan u-Pustaka, kita boleh membuat pinjaman bahan (buku) secara atas talian dan pesanan dihantar terus melalui penghantaran poslaju atau courier terpilih. Sebagai contoh, sekiranya anda meminjam buku melalui u-pustaka dari Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur, tetapi anda bertugas/belajar di Kuching atau Miri, anda boleh memulangkan buku tersebut di Pustaka Negeri Sarawak, sama ada cawangan Kuching atau di Miri.

Sila layari website CAIS www.cais.unimas.my dan klik link u-pustaka.👍👍👍


Diharap maklumat ini dapat menyemarakkan lagi budaya membaca dan memberi banyak manfaat kepada anda semua.😊